Kepakaran & Servis | Coach Andy Syamsuddin

Servis Kami

Kepakaran Membantu
Bisnes F&B Anda.

Solusi menyeluruh dari lantai dapur hingga ke skrin telefon pelanggan anda. Kami bantu tutup kebocoran kos dan gandakan jualan.

Fasa 1: Dalaman (Internal)

Operasi & Pengurusan F&B

Betulkan sistem dalaman dahulu sebelum bawa masuk pelanggan yang ramai.

Coaching 1-1 Bersemuka

Sesi bimbingan eksklusif dan teliti yang disesuaikan (customized) mengikut jenis bisnes makanan anda—sama ada restoran, katering, atau gerai. Coach Andy akan turun padang meneliti akar umbi masalah operasi anda.

Apa yang kita akan capai?

  • Mengenal pasti punca sebenar "kebocoran kos" (food waste & hidden cost).
  • Pengiraan untung rugi (P&L) sebenar yang lebih telus.
  • Sesi luahan dan brainstorming penyelesaian isu staf dan pengurusan masa.
  • Pelan tindakan peribadi (Action Plan) untuk tempoh 3-6 bulan akan datang.

Pembinaan SOP Bisnes F&B

Bisnes F&B yang berjaya tidak bergantung kepada memori tukang masak atau staf. Kami bantu anda membina dokumen Standard Operating Procedure (SOP) supaya kualiti makanan dan servis kekal konsisten walaupun anda (owner) tiada di kedai.

SOP merangkumi:

  • SOP Dapur: Resepi standard (Standard Recipe), saiz hidangan (portion control), dan persediaan bahan (prep-work).
  • SOP Servis (FOH): Cara ambil pesanan, layanan pelanggan, dan penyelesaian aduan.
  • SOP Kebersihan & Penutupan: Checklist buka dan tutup kedai untuk memastikan keselamatan dan kebersihan.

Bengkel (Workshop) Keusahawanan

Latihan secara berkumpulan yang sangat interaktif. Sangat sesuai untuk usahawan yang baru nak mula, atau pemilik bisnes yang ingin menghantar pengurus/staf untuk belajar selok-belok pengurusan kos dan operasi F&B.

Modul Bengkel Kami:

  • Kelas praktikal pengiraan Food Costing & Harga Jualan yang tepat.
  • Teknik Menu Engineering (kenal pasti menu mana yang patut dikekalkan, dipromosikan, atau dibuang).
  • Pengurusan vendor, pembekal (suppliers), dan cara buat bajet belian harian.

Fasa 2: Luaran (External)

Pemasaran & Jualan (Marketing)

Kembangkan jenama anda dan bawa lebih ramai pelanggan baru masuk ke premis.

Servis Pengurusan Meta Ads

Bukan sekadar tekan butang "Boost". Kami menyusun kempen pengiklanan berbayar di Facebook dan Instagram secara strategik untuk memastikan wang iklan (ad spend) anda memberikan pulangan jualan (ROI) yang tinggi.

Pelaksanaan Kami:

  • Iklan disasarkan mengikut radius lokasi premis anda (Geo-targeting) untuk menarik "walk-in customers".
  • Kempen mengumpul database pelanggan untuk promosi masa hadapan.
  • A/B Testing untuk gambar/video makanan bagi melihat iklan mana yang paling "convert".
  • Laporan prestasi iklan bulanan yang telus.

Konten & Storytelling Makanan

Di zaman media sosial, orang tidak hanya beli makanan, mereka beli "cerita" di sebalik makanan tersebut. Kami bantu jenama F&B anda bercakap dengan jiwa pelanggan.

Kelebihan Servis Ini:

  • Penulisan copywriting yang memukau dan buat orang terliur (appetite appeal).
  • Membina skrip video pendek (Reels/TikTok) yang memaparkan behind-the-scenes kedai anda.
  • Mencipta "Brand Voice" yang unik supaya pelanggan ingat jenama anda berbanding pesaing.

Strategi Pemasaran F&B Menyeluruh

Tanpa strategi, pemasaran anda hanyalah tembakan membuta tuli. Kami merangka 'Masterplan' pemasaran khas untuk kedai makan anda dari sebelum pembukaan (Soft Launch) sehinggalah fasa mengekalkan pelanggan lama (Retention).

Rangka Strategi Kami:

  • Pembinaan Kalendar Promosi Tahunan (Cth: Promosi Ramadhan, Merdeka, Hujung Tahun).
  • Strategi Offline to Online (Cth: Penggunaan QR Menu, Loyalty Card di kedai fizikal).
  • Teknik Upselling & Cross-selling melalui rekaan menu fizikal (Menu Board design strategy).
  • Kempen KOL / Influencer Review yang bersesuaian dengan bajet.

Mana Satu Yang Bisnes Anda Perlukan?

Hubungi kami sekarang untuk sesi "Diagnostic Assessment" percuma. Kami akan teliti keadaan bisnes anda dan cadangkan servis yang paling sesuai untuk membantu anda berkembang.