Servis Kami
Solusi menyeluruh dari lantai dapur hingga ke skrin telefon pelanggan anda. Kami bantu tutup kebocoran kos dan gandakan jualan.
Betulkan sistem dalaman dahulu sebelum bawa masuk pelanggan yang ramai.
Sesi bimbingan eksklusif dan teliti yang disesuaikan (customized) mengikut jenis bisnes makanan anda—sama ada restoran, katering, atau gerai. Coach Andy akan turun padang meneliti akar umbi masalah operasi anda.
Bisnes F&B yang berjaya tidak bergantung kepada memori tukang masak atau staf. Kami bantu anda membina dokumen Standard Operating Procedure (SOP) supaya kualiti makanan dan servis kekal konsisten walaupun anda (owner) tiada di kedai.
Latihan secara berkumpulan yang sangat interaktif. Sangat sesuai untuk usahawan yang baru nak mula, atau pemilik bisnes yang ingin menghantar pengurus/staf untuk belajar selok-belok pengurusan kos dan operasi F&B.
Kembangkan jenama anda dan bawa lebih ramai pelanggan baru masuk ke premis.
Bukan sekadar tekan butang "Boost". Kami menyusun kempen pengiklanan berbayar di Facebook dan Instagram secara strategik untuk memastikan wang iklan (ad spend) anda memberikan pulangan jualan (ROI) yang tinggi.
Di zaman media sosial, orang tidak hanya beli makanan, mereka beli "cerita" di sebalik makanan tersebut. Kami bantu jenama F&B anda bercakap dengan jiwa pelanggan.
Tanpa strategi, pemasaran anda hanyalah tembakan membuta tuli. Kami merangka 'Masterplan' pemasaran khas untuk kedai makan anda dari sebelum pembukaan (Soft Launch) sehinggalah fasa mengekalkan pelanggan lama (Retention).
Hubungi kami sekarang untuk sesi "Diagnostic Assessment" percuma. Kami akan teliti keadaan bisnes anda dan cadangkan servis yang paling sesuai untuk membantu anda berkembang.